Tuesday, April 27, 2010

Saya Janji!

Lega sangat rasanya pabila semuanya telah kembali ke keadaan seperti sedia kala. Semua pun sudah baik macam dulu. Saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu dan memperbaiki diri agar menjadi seorang yang lebih baik. Sentiasa memperbaiki diri dan muhasabah diri itulah yang dituntut oleh agama.

Hari ini telah bermula pengembaraan bagi menyiapkan diri menghadapi kertas peperiksaan terakhir iaitu Mikroekonomi. Walaupun bukanlah arif di dalam bidang Ekonomi tapi yang pasti akan tetap berusaha untuk melengkapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan. Target skor ialah A.

Monday, April 19, 2010

Sesuatu yang MERIANGKAN hati.

saya suka fesyen. walaupun saya bukanlah berpakaian mengikut trend tetapi saya pengikut setia perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia fesyen.

saya suka membeli. tidaklah sampai berhabisan tetapi sebolehnya hanya yang perlu sahaja. kebiasaannya, kasut atau pun pakaian. tapi itulah wanita kan?

saya suka manisan. ya, contohnya seperti coklat dan aiskrim. terbaik!hahaha. donut pun sedap juga. tiba-tiba teringat Big Apple donut yang fluffy tu. hurm, aiskrim pilihan biasanya choc sundae McD atau pun Wall's Cornetto. coklat? semestinya Cadbury Diary Milk atau Black Forest. yummy!

sukakan ketenangan. saya rimas tinggal di KL. seronok untuk bersosial dan untuk earn for living tapi untuk menhabiskan sisa-sisa kehidupan nanti saya pilih untuk tinggal di kampung. lebih aman dan sunyi. yang penting takda pencemaran.

warna-warna terang menjadi pilihan. hijau, kuning dan oren. kebanyakan pakaian saya daripada warna terang. mungkin tak suka pakai yang berwarna gelap takut panas. tapi color mempenaruhi mood sebenarnya. warna terang untuk mood ceria dan gelap melambangkan kesedihan.

Dia Menangis Lagi....

kesian saya tengok dia. hari2x pun menangis. kenapa dia bersedih? saya cuba bertanya lalu dia bercerita mengenai perihal kekasihnya. owh, begitu...

saya benci kekasih saya. kenapa dia pentingkan diri sendiri? kenapa saya berikan priority hidup saya kepada dia, tapi kenapa tidak pada saya? dia bercerita..

yes, kesalahan pertama. meletakkan kepentingan utama kepada orang lain. kenapa tidak letakkan kepentingan sendiri di tempat pertama?

kenapa tegar merisikokan diri hanya untuk seseorang yang belum tentu menghargai apa yang dikorbanan untuknya? adakah pembalasan yang diberi nanti setimpal dengan pengorbanan kita? jawapannya hanya ada pada kekasih tadi.

saya pasti ramai di luar sana yang pernah mengalami peristiwa yang sama. jadi pengajarannya, SELF-PRIORITIZE COMES FIRST.

Monday, April 5, 2010

Oh, I fall in love with Marc!

Hahaha. Tolong jangan salah faham ye dengan tajuk saya di atas. Marc is not my boyfriend nor my scandal. Saya tak pernah terniat pun nak menduakan tunang saya. Actually, Marc is referring to Marc Jacobs. Eh, since when do I fall in love dengan Marc Jacobs? So, here goes the story....

Last friday, my fiance', his best friend and I went to Sunway Pyramid. As I have been craving for a new pair of shoes for a very long time ago tapi tak dapat-dapat, so this is the time for me to revenge. Hehehe. Macam-macam butik dah masuk tapi semua yang pun tak berkenan.

Kaum Adam dua orang yang follow ni pun dah naik tension. Hahahaha. My fiance' kurang gemar follow saya shopping ;) Last butik yang kami masuk ialah Padini Concept Store. Dah dua kasut saya suka tapi takde size. Sabar jelah kan. Kasut yang saya tak suka ada pulak kan size!Ish..

My shopping companions dua orang tu macam biasalah asal masuk ke mana-mana butik sure terus cari kerusi nak duduk.Sabar jelah! Setelah penelitian terperinci dibuat akhirnya saya nak try my luck lagi sekali ask for size 6.5 untuk this cute warming orange pumps. Sambil tunggu boutique assistant ni pergi cari my size, saya pun join dia orang duduk.

Nak dijadikan cerita, mata saya menangkap sepasang kekasih Indonesian ni. Hurm, good fashion sense. From top to toe sangat menarik, tak membosankan. Then, mata saya terus terpaku pada bag yang disandang di bahu si wanita. Cantik!!! Sangat cantik!!! Saya bisikkan di telinga tunang saya supaya menjeling pada tag di bag tersebut disebabkan dia yang paling hampir dengan pasangan itu tadi. "Marc Jacobs", bisiknya. Hurm...

Bukan calang-calang brand.. Sebenarnya, itulah habit saya kalau berjalan. suka memerhati dan suka menilai. Ops, bukan menilai yang bukan-bukan okay? Saya suka melihat cara orang lain berpakaian. Berbalik kepada cerita tadi. Saya berkata-kata kepada tunang mengenai bag itu. Hah, dia pun bersetuju yang bag itu memang cantik. Entahlah, sukar untuk saya perincikan di sini. Cukup saya katakan bahawa bag tersebut bukan 'mak datin type' okay? Sesuai kalau saya katakan di sini yang bag tersebut bercirikan bohemian.

So, saya decide untuk mencari bag tersebut di dalam laman web Marc Jacobs. Hampa perasaan saya setelah bag tersebut tidak ada terpapar. Hurm... Mungkin koleksi musim lepas atau mungkin juga imitation atau nama lainnya replica. Entahlah, tapi tak mungkin. Kerana luaran menampakkan bag tersebut kemas dan tegap. I mean, tak macam bag imitation di luar sana tu yang senang untuk kita kenalpasti.

Apa pun, sampai sekarang kalau saya teringat pasti saya akan browse the net untuk mencari bag tersebut. Tak dapat beli, dapat tengok pun jadilah. Maklumlah, dah cukup maklum dengan harga Marc Jacobs ni. Hehehe.