Monday, April 19, 2010

Sesuatu yang MERIANGKAN hati.

saya suka fesyen. walaupun saya bukanlah berpakaian mengikut trend tetapi saya pengikut setia perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia fesyen.

saya suka membeli. tidaklah sampai berhabisan tetapi sebolehnya hanya yang perlu sahaja. kebiasaannya, kasut atau pun pakaian. tapi itulah wanita kan?

saya suka manisan. ya, contohnya seperti coklat dan aiskrim. terbaik!hahaha. donut pun sedap juga. tiba-tiba teringat Big Apple donut yang fluffy tu. hurm, aiskrim pilihan biasanya choc sundae McD atau pun Wall's Cornetto. coklat? semestinya Cadbury Diary Milk atau Black Forest. yummy!

sukakan ketenangan. saya rimas tinggal di KL. seronok untuk bersosial dan untuk earn for living tapi untuk menhabiskan sisa-sisa kehidupan nanti saya pilih untuk tinggal di kampung. lebih aman dan sunyi. yang penting takda pencemaran.

warna-warna terang menjadi pilihan. hijau, kuning dan oren. kebanyakan pakaian saya daripada warna terang. mungkin tak suka pakai yang berwarna gelap takut panas. tapi color mempenaruhi mood sebenarnya. warna terang untuk mood ceria dan gelap melambangkan kesedihan.

No comments:

Post a Comment